Jangan guna alasan Piala Dunia: Ten Hag

Erik ten Hag
Erik ten Hag
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag memberi amaran kepada pemainnya agar tidak menggunakan alasan Piala Dunia sebagai punca tidak dapat beraksi dengan baik menjelang pertemuan menentang Fulham.

Justeru, beliau berharap pemain-pemainnya dapat melupakan seketika tugasan Piala Dunia bersama negara mereka dan memberi tumpuan penuh pada aksi berkenaan.

“Saya rasa semua pemain mesti sudah tahu betapa pentingnya perlawanan menentang Fulham. Saya tidak akan terima alasan beraksi di Piala Dunia sebagai punca mereka gagal beraksi dengan baik.

“Jadi saya harap selagi mereka berada di sini, mereka perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kelab sahaja dan bukan perkara lain," katanya.

Dalam pada itu ketika ditanya berkenaan tonggak serangannya, Cristiano Ronaldo, Ten Hag memberitahu pemain itu masih belum pasti dapat diturunkan selepas dilaporkan mengalami masalah kesihatan.

Bagaimanapun, beliau lega masalah kesihatan yang dialami Ronaldo itu tidak serius sambil berharap dia akan cergas sebelum perlawanan menentang Fulham.

“Saya belum pasti sama ada Cristiano akan turun bermain pada aksi ini atau tidak. Ini kerana dia mengalami masalah kesihatan.

“Masalah kesihatan yang dialaminya tidak serius dan memerlukan beberapa hari untuk sembuh. Jadi saya harap dia akan cergas sebelum perlawanan menentang Fulham,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!