Tuntutan palsu: Dua anggota Rela ditahan

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua anggota Rela ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Johor atas kesalahan mengemukakan tuntutan palsu, semalam.

Kedua-dua suspek masing-masing berusia 46 tahun dan 50 tahun didapati bersubahat dalam membuat tuntutan pembayaran kawalan berjumlah RM2,200.

Difahamkan siasatan SPRM mendapati tuntutan itu dibuat menggunakan satu penama yang tidak hadir bertugas bagi pos kawalan di Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Johor pada bulan lalu.

Keduanya ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira jam 6 petang, semalam bagi membantu siasatan.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000.00 atau mana- mana yang lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!