Pesalah rasuah wajar gantung sampai mati
12 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
Pesalah rasuah wajar gantung sampai mati
BERITA SEMASA 12 NOVEMBER 2022
Calon GTA Parlimen Sungai Buloh, Mohd Akmal Mohd Yusof tidak akan berkompromi dalam menangani gejala rasuah yang menjadi budaya di negara ini, lapor wartawan Sinar Harian Izwan Rozlin.
Menurutnya, pesalah rasuah wajar menerima hukuman mandatori seperti gantung sampai mati atau penjara seumur hidup mengikut kesalahan dilakukan.
Beliau menambah, rasuah akan berakar umbi jika tidak dibanteras malah boleh merosakkan ekonomi dan pembangunan negara.
#BeritaSemasa #SinarHarian