Banjir kilat: 12 rumah di Kluang dinaiki air

Anggota Pasukan Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kluang membuat pemantauan di kawasan banir.
Anggota Pasukan Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kluang membuat pemantauan di kawasan banir.
A
A
A

KLUANG - Sebanyak 12 rumah di daerah ini dinaiki air akibat banjir kilat susulan hujan lebat lebih dua jam sejak jam 4.15 petang Sabtu.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kluang dalam satu kenyataan memaklumkan, sepasukan Pasukan Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kluang membuat pemantauan di kawasan Hotspot Banjir di sekitar Kluang, pada jam 3.50 petang.

"Hasil pemantauan mendapati dua rumah di kawasan Perumahan SPKR Yap Tau Sah dinaiki air akibat hujan lebat melebihi dua jam.

"Selain itu, 10 lagi rumah masing-masing lima di Kampung Mardi dan Kampung Ithnin Maarof turut dinaiki air.

"Bagaimanapun, hasil pemantauan mendapati keadaan paras air di kawasan berkenaan masih terkawal dan pemantauan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa," menurut kenyataan berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) baharu yang dibuka susulan banjir kilat berkenaan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!