Toney rentap ego City

Toney meledak dua gol bagi membantu kemenangan Brentford ke atas City di Etihad sebentar tadi.
Toney meledak dua gol bagi membantu kemenangan Brentford ke atas City di Etihad sebentar tadi.
A
A
A

IVAN Toney meledak dua gol bagi membantu Brentford mengejutkan penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City 2-1 di Stadium Etihad, sebentar tadi.

Ia adalah kekalahan pertama skuad kendalian Pep Guardiola itu di laman sendiri sejak Februari lalu yang juga kekalahan kedua musim ini selepas tumpas 0-1 kepada Liverpool pada 16 Oktober lalu.

Toney yang disisihkan daripada skuad Piala Dunia England ke Qatar membuka tirai jaringan Brentford selepas menyambut tandukan Ben Mee pada minit ke-16.

City berjaya menyamakan kedudukan pada penghujung babak pertama menerusi Phil Foden - jaringan kelapannya dalam saingan EPL musim ini.

Pada babak kedua, City mencipta banyak peluang untuk menambah jaringan, namun Toney akhirnya muncul wira apabila menyumbat gol kemenangan pelawat pada masa kecederaan.

Kekalahan itu menyaksikan City kekal di tangga kedua dengan 32 mata, dua mata di belakang pendahulu, Arsenal yang akan menentang Wolverhampton Wanderers pada awal pagi ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!