PRU15: Teruja pertama kali undi pos

Shazlee(kiri) dan Fatin Zulaikha
Shazlee(kiri) dan Fatin Zulaikha
A
A
A

SHAH ALAM - Rata-rata rakyat Malaysia di luar negara menzahirkan keterujaan apabila pertama kali mengundi secara pos pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut kadet juruterbang di Republik Czech, Shazlee Muhammad Shahizan, 31, dirinya teruja untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia meskipun kini sedang berkhidmat di luar negara.

Pengundi di Parlimen Subang Jaya itu turut berharap agar rakyat Malaysia yang berada di luar negara sedar akan tanggungjawab dan hak mereka untuk mengundi dalam PRU.

“Walaupun berada jauh dari Malaysia, jangan sesekali lupa amanah kita untuk memilih pemimpin yang kompeten dan ikhlas mentadbir Malaysia,” katanya kepada Sinar Ahad.

Meskipun kecoh di media sosial apabila ramai menyuarakan kebimbangan gara-gara belum menerima kertas undi pos, namun masih ada segelintir pengundi di luar negara yang sudah menerima kertas undian tersebut.

Bagi suri rumah yang menetap di Brunei, Fatin Zulaikha Abu Samah, 30, walaupun agak lewat, dia bersyukur kerana telah menerima kertas undi pos dalam tempoh seminggu sebelum hari pengundian pada 19 November ini.

“Saya sangat teruja untuk mengundi kali pertama secara pos pada PRU15 dan berharap semuanya lancar.

“Tidak kiralah kita berada di luar negara sekalipun, setiap rakyat yang layak perlu menjalankan tanggungjawab kerana undian setiap individu penting untuk menentukan pemimpin yang bakal menerajui negara,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!