PRU15: Calon PRM cabar KJ debat isu vaksin

Gambar dari kiri: Ahmad Juflis Faiza, Khairy Jamaluddin
Gambar dari kiri: Ahmad Juflis Faiza, Khairy Jamaluddin
A
A
A

SUNGAI BULOH - [DIKEMAS KINI] Calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Parlimen Sungai Buloh, Ahmad Juflis Faiza mencabar calon BN, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk berdebat mengenai isu vaksin di kawasan berkenaan.

Menurut Ahmad, debat dengan Khairy yang juga Menteri Kesihatan itu bagi merungkai persoalan tidak terjawab berhubung isu vaksin yang membelenggu pengundi di kawasan berkenaan dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

"Perkara pertama berkaitan borang persetujuan mengambil vaksin Covid-19, kenapa dalam borang itu ada khas untuk orang Melayu Islam mengambil Covid-19 sebagai wajib sedangkan pengambilan vaksin secara sukarela.

"Ada juga yang ambil (vaksin) kerana ada diskriminasi, sebab itu ambil dan bagi yang sudah mengambil dan dijanjikan hanya dua dos kini perlu mengambil dos booster pula.

"Debat itu akan dapat menjawab semua persoalan yang bermain dalam fikiran rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kampung Gajah pada Ahad.

Ahmad giat menjalankan kempen di kawasan sekitar Parlimen Sungai Buloh dengan dibantu kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk dari luar Selangor antaranya Persatuan Prihatin Anak Johor.

Dalam pada, Ahmad berkata, ramai menganggap isu vaksin adalah kecil namun ia memberi impak besar dan menjadi antara manifesto PRM untuk meningkat kesedaran rakyat dan membantu mangsa teraniaya kerana vaksin.

"Kita semalam pun pergi (berkempen) di lapangan di beberapa tempat dan bertanya (pengundi) tentang sudahkah mereka mengambil vaksin atau tidak, mereka kata sudah ambil dua dos.

Artikel Berkaitan:

"Kami tanya kamu hendak ambil lagi untuk suntikan booster dan mereka jawab tidak. Kebanyakan orang hari ini yang ambil vaksin sebelum ini sebenarnya tidak ada maklumat lengkap mengenainya," katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau berharap Menteri Kesihatan itu dapat menyahut cabaran debat agar rakyat Malaysia mendapat penerangan yang jelas sekali gus merungkai pelbagai persoalan yang dibangkitkan sebelum ini.

"Kita tidak kisah di mana-mana di kawasan Sungai Buloh dan kita minta jangan edit, biar debat berkenaan berlangsung secara langsung," katanya.



Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!