Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Rani Kulup sokong pesalah rasuah dihukum gantung

13 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

Rani Kulup sokong pesalah rasuah dihukum gantung

BERITA SEMASA 13 NOVEMBER 2022

Calon Bebas Parlimen Port Dickson, Abdul Rani Kulup Abdullah atau Kulup Abdullah yang popular dengan panggilan 'Ayahanda' nekad menghapuskan gejala rasuah di negara ini yang dilihat semakin parah.

Namun beliau mengakui sukar untuk berbuat demikian selagi kerajaan masih dibarisi kepimpinan lama yang terlibat dengan gejala tidak bermoral itu.

Beliau menambah, tindakan undang-undang terhadap individu yang terlibat dengan rasuah perlu diperketat termasuk mengenakan hukuman mandatori seperti hukuman gantung sampai mati.

Ini kerana katanya, hukuman denda atau penjara tidak membuatkan pemberi dan penerima rasuah gentar.

Artikel: https://bit.ly/3AdwVJj

#BeritaSemasa #SinarHarian