PRU15: 'Penyokong kena kawal kemarahan, jangan bergaduh'

Manukaran dan laporan Sinar Harian pada Ahad.
Manukaran dan laporan Sinar Harian pada Ahad.
A
A
A
BAGAN DATUK - Semua penyokong parti bertanding diingatkan agar dapat mengawal kemarahan dan sabar sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua PKR Cabang Bagan Datuk, R Manukaran berkata, setiap pihak perlu mengamalkan politik matang dan tidak melakukan provokasi kepada parti lawan.

"Kadang-kadang ada penyokong hilang sabar dan melakukan tindakan tidak sepatutnya. Ini adalah PRU dan masing-masing berkempen.



"Kita pun tak tahu siapa menang, siapa yang kalah. Buat penyokong, nasihat saya janganlah bergaduh," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Jelas Manukaran, tiada laporan polis dibuat pihaknya kerana tidak mahu tempoh PRU yang semakin dekat menggangu perancangan calon bertanding.

"Kami belum buat laporan dan beritahu calon jangan dulu. Biasanya perkara ini berlaku apabila ada orang 'cucuk' supaya timbulkan ketegangan," katanya sambil mendedahkan ada bendera parti ditanggalkan di beberapa lokasi di Kampung Ladang Kamatchi, Hutan Melintang.
Artikel Berkaitan:


Pada Ahad, provokasi dan perang mulut tercetus antara penyokong dua parti dalam satu program ceramah di Sungai Dulang, Hutan Melintang pada petang Ahad.

Suasana tegang timbul semasa calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berucap dalam program itu yang turut dihadiri pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!