PRU15: Peruntukan RM150 juta Projek RTB atasi banjir
Murugiah (kiri) diberi penerangan mengenai penempatan mangsa banjir di Dewan Serbaguna Changkat Jong.
A
A
A
Calon BN bagi kerusi Parlimen Teluk Intan, Datuk T Murugiah berkata demikian semasa meluangkan masa untuk melawat beberapa mangsa yang terkesan akibat kejadian tersebut.
Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia itu sempat meninjau sendiri keadaan banjir di Changkat Jong yang berpunca daripada hujan berterusan semalaman.
"Saya yakin dan percaya peruntukkan sebanyak RM150 juta untuk Projek Tebatan Banjir yang telah diluluskan dalam RMK12 dapat mengatasi masalah ini di sini tidak lama lagi.
“Saya bersama Datuk Mohd Azhar Jamaluddin calon BN DUN Changkat Jong telah melawat mangsa banjir kawasan penduduk Changkat Jong yang telah ditempatkan di Dewan Serbaguna Changkat Jong.
"Saya sangat sedih mengenang nasib penduduk di sini yang tidak habis habis berdepan dengan masalah banjir," katanya.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menempatkan 113 orang mangsa banjir melibatkan 33 keluarga di dewan terbabit membabitkan penduduk daripada Lorong Mesra Batu 71/2, Lorong Kedah Batu 8, Lorong Sidang Osman dan Simpang 3, Batu 9.
Daripada 113 orang terlibat, 53 daripadanya terdiri daripada kanak-kanak.
Murugiah turut melahirkan simpati dengan mangsa bencana tersebut dan berharap banjir tersebut segera surut.
“Saya sedih melihat anak-anak ini terpaksa melalui kesulitan ini. Kami harap hujan akan reda dan mangsa segera dapat pulang ke rumah masing-masing.
"Sarapan pagi dan makanan disediakan dan bantuan lain yang diperlukan akan disediakan," katanya.
Pada Isnin, seramai 10 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kumpulan Ganda di Teluk Intan terpaksa menaiki kenderaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berikutan laluan masuk ke sekolah berkenaan dinaiki air hampir 0.6 meter susulan hujan lebat berterusan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!