Trofi rebutan dunia bernilai RM92 juta
BAHANG Piala Dunia kian dirasai menjelang sepak mula pada 20 November ini apabila trofi yang menjadi idaman setiap pasukan bertanding sudah berada di Qatar.
Trofi itu dipamerkan selepas mengembara di 51 buah negara termasuk singgah di 32 negara yang layak ke kejohanan bagi edisi 2022.
Piala yang diperbuat daripada emas 18 karat itu mempunyai ketinggian hanya 37 sentimeter dengan berat kira-kira enam kilogram.
Piala itu diukir dengan menggambarkan dua figura manusia yang menjulang planet bumi.
Walaupun ia dianggarkan berharga sekitar AS$50,000 (RM230,000) pada masa ia dibuat lebih 50 tahun lalu, kini ia bernilai kira-kira AS$20 juta (RM92 juta).
Seorang artis di Milan, Silvio Gazzaniga mengukir trofi terkenal itu pada 1971.
Ia dinamakan Trofi Jules Rimet sebagai penghormatan kepada presiden ketiga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang mempelopori Piala Dunia pertama.
Piala baharu kemudian diukir selepas Brazil dibenarkan menyimpan Trofi Jules Rimet susulan kejayaan meraih kejuaraan itu buat kali ketiga pada Piala Dunia 1970 di Mexico.
Brazil sebelum itu merangkul kejuaraan berprestij tersebut pada edisi 1958 dan 1962.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!