Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pantau keadaan di Rapid Pengerang

Mohamed Azmin - Foto Sinar Harian Zahid Izzani
Mohamed Azmin - Foto Sinar Harian Zahid Izzani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Hal Ehwal Ekonomi sedang memantau keadaan di Projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid), Pengerang.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam ciapannya hari ini berkata, Petronas dan pihak berkuasa relevan sedang menyiasat kejadian kebakaran dan letupan yang berlaku di kompleks itu awal pagi ini.

Dalam kejadian awal pagi tadi, dua pengawal keselamatan yang bertugas di tapak projek berkenaan cedera susulan kejadian letupan yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua cedera Rapid Pengerang meletup

Pekerja resort terkejut bangunan bergegar

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, berdasarkan laporan, kedua-dua mangsa lelaki tempatan berusia 28 dan 30 tahun.

“Mengenai kejadian ini, polis mengesahkan berlaku satu kebakaran dan menerima laporan kira-kira jam 1.25 pagi. Setakat ini ada dua mangsa terjejas.

“Bagaimanapun kedua-duanya kini dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Kecemasan Perubatan RAPID Pengerang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Ashmon berkata, siasatan lanjut berhubung insiden terbabit akan dilakukukan bersama-sama beberapa agensi dan jawatankuasa berkenaan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!