Penduduk harap masalah banjir kilat selesai lepas PRU15

Amran (kiri) menunjukkan sistem saliran dan perparitan yang terlalu sempit di kawasan perumahan tersebut menyebabkan berlakunya banjir kilat.
Amran (kiri) menunjukkan sistem saliran dan perparitan yang terlalu sempit di kawasan perumahan tersebut menyebabkan berlakunya banjir kilat.
A
A
A


DUNGUN - Masalah banjir kilat dan air bertakung menyukarkan penduduk di kawasan Rumah awam kos rendah (Rakr) Gong Pasir, di sini setiap kali berlakunya hujan lebat.

Masalah berkenaan bertambah rumit setiap kali musim tengkujuh tiba dan ia sudah berlarutan sejak empat tahun lalu selepas wujudnya projek perumahan baharu di kawasan berhampiran menyebabkan sistem saliran dan perparitan terganggu.

Wakil penduduk, Amran Mahmud, 66 berkata, mereka berharap masalah tersebut akan diberi perhatian sewajarnya oleh pemimpin sebaik sahaja Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, aduan sudah dibuat tetapi tiada tindakan diambil sedangkan projek tebatan banjir yang sebelum ini dijalankan oleh pemimpin terdahulu sudah hampir siap tetapi tergendala kerana pertukaran kuasa.

"Hampir 90 buah rumah terlibat dengan masalah ini yang menyebabkan air hujan masuk ke dalam rumah dan bertakung di kawasan luar.



"Boleh katakan banjir kilat kerana dalam tempoh dua jam sahaja air sudah mula bertakung.

"Kita berharap pemimpin yang dipilih dalam PRU15 nanti akan mengambil serius masalah ini dan kalau boleh kemenangan berpihak kepada yang selayaknya," ujarnya.

Air di bawah rumah penduduk yang bertakung menimbulkan masalah bau busuk dan menjadi paya.
Air di bawah rumah penduduk yang bertakung menimbulkan masalah bau busuk dan menjadi paya.



Sementara itu, Calon BN Parlimen Dungun, Nurhisam Johari menjanjikan jalan penyelesaian sekiranya di beri mandat oleh rakyat.

Artikel Berkaitan:


"Sebahagian besar masalah ini sudah diselesaikan oleh wakil rakyat BN Dun Rantau Abang yang terdahulu.

"Hanya tinggal 10 peratus sahaja tergendala dan jika diberi peluang memang kita akan perjuangkan habis-habisan masalah rakyat.

"Kita akan berbincang dengan agensi berkaitan termasuk Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Pengairan dan saliran serta pihak berkuasa tempatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!