PRU15: SPR nafi data peribadi pengundi bocor

Kenyataan SPR menerusi siaran di Faceook pada Isnin.
Kenyataan SPR menerusi siaran di Faceook pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan berhubung kebocoran data maklumat peribadi melibatkan 800,000 pengundi yang tular di media sosial itu pada Sabtu lalu.

SPR dalam siaran di Facebook berkata, dakwaan tersebut merupakan isu lama yang telah ditularkan semula.

“SPR telah bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) untuk menyiasat perkara itu,” katanya dalam siaran di Facebook pada Isnin.

Menurut SPR, pihaknya telah mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan tiada sebarang pencerobohan berlaku kepada sistem SPR.

“Pihak SPR sentiasa memastikan keselamatan data-data pengundi melalui pemantauan yang berterusan menggunakan infrastruktur keselamatan yang efektif,” ujarnya.

Pada Sabtu, media melaporkan lebih 800,000 data pengguna didakwa diperoleh daripada sistem MySPR milik SPR dijual pada harga RM9,401 di pangkalan data terkenal.

Berdasarkan laporan di laman web lowyat.net, difahamkan pengkalan data itu memiliki gambar swafoto dan MyKad yang menggunakan sistem elektronik Kenali-Pelanggan-Anda (e-KYC).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!