JKKP Johor mulakan siasatan
Pengarahnya, Dasuki Mohd Heak berkata, namun pegawai JKKP masih menunggu arahan untuk memastikan keadaan loji stabil dan selamat sebelum memulakan siasatan.
“Kebakaran itu berjaya dikawal oleh pasukan pasukan tindak kebakaran dan kecemasan dalam tempoh 30 minit daripada kejadian berlaku.
"Dalam kejadian itu, dua pekerja di tapak projek berkenaan turut dimaklumkan cedera tetapi sudah mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Menurutnya, siasatan akan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian berlaku selain mahu menasihatkan orang ramai supaya menghentikan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat.
“JKKP Johor sentiasa memandang serius setiap insiden dan kemalangan yang berlaku di tempat kerja terutamanya melibatkan keselamatan pekerja mahupun orang awam,” katanya.
Terdahulu, Polis Johor memaklumkan mangsa yang tercedera adalah pengawal keselamatan warga tempatan berusia 28 dan 30 tahun.
ARTIKEL BERKAITAN:
Dua cedera Rapid Pengerang meletup
Pekerja resort terkejut bangunan bergegar
Lebih 10 rumah rosak akibat letupan Rapid Pengerang
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!