Irwan akui terima dua cek berjumlah RM521,774 daripada 1MDB
Menurutnya, selepas BOA dimansuhkan beliau juga menerima elaun pengerusi 1MDB sebanyak RM25,000 secara bulanan dan sejak dilantik menjadi ahli BOA, beliau tidak pernah dipanggil atau menerima jemputan untuk menghadiri mesyuarat BOA 1MDB. "Walaupun pengerusi BOA adalah Najib merangkap Menteri Kewangan, beliau sendiri tidak pernah memaklumkan kepada saya tentang apa-apa mesyuarat berkenaan dengan BOA 1MDB. Saya pernah bertanya kepada Tan Sri Ali Hamsa (Ketua Setiausaha Negara) ketika itu mengenai mesyuarat BOA 1MDB, namun jawapan KSN kepada saya, beliau juga tidak tahu dan tidak dipanggil dalam apa-apa mesyuarat berkaitan BOA 1MDB sejak beliau dilantik. "Jadi, selepas itu saya juga tidak pernah tanya lagi kepada KSN atau Najib,” katanya sambil menambah beliau tidak pernah terlibat dalam membuat apa-apa keputusan dari segi perjalanan syarikat mahupun pelaburan-pelaburan yang dibuat 1MDB. Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram sama ada beliau menghadiri mesyuarat BOA, saksi itu menjawab: "Tidak... walaupun mesyuarat BOA tidak dipanggil tetapi secara tidak rasmi ada (mesyuarat). Saya adalah KSP dan 1MDB berkait dengan Kementerian Kewangan, secara tidak rasmi nasihat diberi atau kadang-kadang Najib bertanya kepada saya... kadang-kadang Najib ada keputusan sendiri. Ketika menjelaskan mengenai ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, Mohd Irwan mengesahkan bahawa sepanjang berkhidmat sebagai KSP di Kementerian Kewangan dan juga kemudian dilantik sebagai Pengerusi 1MDB, beliau tidak pernah sama sekali berkomunikasi atau bertemu dengan Jho Low. "Saya tahu isu berkenaan Jho Low yang dikaitkan dengan 1MDB pertamanya dalam sesi soal jawab dengan PAC dalam tahun 2015 kemudian berdasarkan laporan media yang tersebar,” katanya. Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Selasa. - BernamaSelain dua pembayaran itu, Mohd Irwan berkata, beliau telah menerima elaun BOA sebanyak RM25,000 daripada 1MDB setiap bulan secara konsisten bermula 26 Ogos 2013 sehingga 2015.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!