Dua maut treler bertembung

Kemalangan membabitkan dua treler menyebabkan dua pemandu maut di Jalan Beluran-Telupid.
Kemalangan membabitkan dua treler menyebabkan dua pemandu maut di Jalan Beluran-Telupid.
A
A
A

BELURAN - Dua pemandu maut selepas treler yang dipandu mereka bertembung dalam kejadian di Jalan Beluran-Telupid, dekat sini, pada pagi Isnin.

Dalam kejadian pada jam 9.20 pagi itu, mangsa Ansar Sindrang, 35, dan Asri Alimin, 31, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati sebuah treler yang membawa muatan kayu balak dalam perjalanan dari Tongod menghala ke Sandakan manakala sebuah lagi treler tanpa muatan pula datang dari Sandakan menghala ke Tongod.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila treler yang tanpa muatan cuba memintas sebuah kenderaan lain di hadapannya lalu masuk ke laluan bertentangan.

"Tindakan pemandu itu menyebabkan treler berkenaan bertembung dengan sebuah treler yang membawa muatan kayu balak dan akibat kejadian itu kedua-dua pemandu treler meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Kasim berkata, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 90 kilometer.

"Terdapat dua mangsa terlibat membabitkan pemandu kedua-dua lori dan dikeluarkan oleh orang awam sebelum jentera tiba.

Artikel Berkaitan:

"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dan pasukan bomba hanya menjalankan pemeriksaan untuk memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 12.20 tengah hari," kata kenyataan PGO.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!