UUM dinaiki air selepas empat jam hujan
SINTOK - Dua kawasan perumahan di Sintok dan Jalan Universiti Utara Malaysia (UUM), dekat sini dinaiki air sedalam 0.5 hingga satu meter selepas hujan lebat lebih empat jam namun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat jam 6 petang pada Isnin.
Ketua Bahagian Sekretariat, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, penduduk yang tinggal di pesisir Sungai Sintok diminta supaya bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
"Sungai Sintok kini melepasi paras bahaya selepas hujan skala lebat pada jam 2 petang tadi (Isnin) dan hanya berhenti seketika sebelum kembali lebat.
" Anggota APM telah dihantar ke dua lokasi terbabit untuk melakukan pemantauan dan memindahkan mangsa jika paras air makin meningkat dan keselamatan terancam,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Jelasnya, pemantauan telah dibuat oleh Pusat Kawalan Operasi Daerah Kubang Pasu di sekitar kawasan banjir dan kawasan tumpuan paras air naik.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!