Akil kritikal selepas pembedahan ketiga

Akil kini dilaporkan tenat selepas menjalani pembedahan ketiga di kepalanya yang dijalankan di HPP pada 27 Mac lalu.
Akil kini dilaporkan tenat selepas menjalani pembedahan ketiga di kepalanya yang dijalankan di HPP pada 27 Mac lalu.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak dilaporkan kritikal selepas menjalani pembedahan kali ketiga bagi membuang ketumbuhan di kepalanya pada 27 Mac lalu.

Muhammad Akil Naufal Mustaffa, 2, kini masih tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas pembedahan membuang ketumbuhan di kepalanya yang semakin membesar.

Ibunya, Alyaa Amanina Samsudin, 24, berkata, keadaan anak sulungnya yang lebih mesra disapa Akil tidak stabil berikutan jangkitan kuman pada darah dan paru-parunya.

Menurutnya, anaknya kini diberikan antibiotik selepas pembedahan yang dijalankan bulan lalu.

"Akil dah lalui tiga pembedahan iaitu yang pertama pada Mei 2018, kedua pada 20 Mac dan terbaru 27 Mac lalu. Semuanya untuk buang ketumbuhan pada kepala yang makin membesar.

"Kalau ikut doktor, anak saya hidap ketumbuhan di kepala atau nama spesifiknya Astrocytoma. Ia boleh membesar. Itu yang amat merisaukan saya dan suami sebab ia akan ganggu pancaindera lain," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Alyaa berkata, lebih membimbangkan, ketumbuhan di kepala anaknya itu telah menyebabkan tahap penglihatan Akil semakin merosot.

"Akil dikesan hidap ketumbuhan di kepala sejak umur dia setahun dua bulan. Tanda-tandanya pergerakan anak mata yang tak terkawal (nystagmus) dan berat badan susah nak naik.

Artikel Berkaitan:

"Sekarang ketumbuhan itu dah ganggu saraf mata Akil sampai dia tak berapa nampak. Buat masa ini, keadaan Akil masih tenat di ICU dan saya masih tunggu laporan doktor," katanya.

Akil mengidapi ketumbuhan di kepala yang boleh membesar dan akan mengganggu penglihatannya.(Tubuh badan Akil juga tidak membesar seperti kanak-kanak normal.)
Akil mengidapi ketumbuhan di kepala yang boleh membesar dan akan mengganggu penglihatannya.(Tubuh badan Akil juga tidak membesar seperti kanak-kanak normal.)

Alyaa berkata, disebabkan masalah anaknya itu, suaminya Mustaffa Lahman, 29, terpaksa berhenti kerja sebagai operator kren sejak Akil dimasukkan ke ICU, Mac lalu.

"Suami pun terpaksa berhenti kerja sebab kami kena bergilir-gilir jaga Akil dan adiknya, Kaira Irdina yang berumur setahun. Kalau suami jaga Akil, saya akan jaga Kaira. Dulu adik ipar masih bersekolah, mereka yang jaga Kaira. Bila adik ipar dah kerja, saya kena bergilir dengan suami. Sama ada saya di ICU bersama Akil atau suami jaga Akil, saya jaga adiknya.

"Kami juga terpaksa berulang alik dari rumah di Taman Pekatra Indah, Simpang Ampat ke HPP untuk menjaga Akil," katanya.

Tambahnya, dia dan suaminya kini tiada pendapatan dan hanya mengharapkan bantuan dari ahli keluarga dan saudara terdekatnya.

"Saya suri rumah dan hanya suami saja yang kerja. Tapi lepas Akil tenat, suami terpaksa berhenti kerja untuk jaga Kaira sebab saya kena ada dengan Akil di wad.

"Kalau Akil di rumah pun, dia perlu ke hospital untuk rawatan susulan dua minggu sekali. Kena ambil darah, periksa mata dan jumpa pakar pemakanan. Setiap kali Akil pergi hospital, suami saya kena cuti. Jadi nak elak lebih banyak masalah, suami kena berhenti kerja untuk beri tumpuan kepada Akil," katanya.

Dia berkata, doktor menasihatkan agar Akil diberi susu khas kerana keadaan badannya yang susut namun dia dan suaminya tidak mampu.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga ini, boleh menyalurkan terus sumbangan menerusi akan Maybank Alyaa Amanina Samsudin (157223313833) atau menghubungi talian 017-4246467.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!