Lelaki dayus dan susu penyebab kutu?

Gambar hiasan. - Foto 123rf
Gambar hiasan. - Foto 123rf
A
A
A

MAKA gegak gempitalah media sosial apabila seorang pendakwah wanita yang mengatakan seorang suami itu dayus kerana membenarkan kelahiran disambut oleh seorang doktor lelaki.

Hujah wanita itu yang kemudiannya mendapat sokongan penuh daripada suaminya yang juga seorang pendakwah, bahawa seorang lelaki perlu mengumpul duit mencukupi supaya isteri yang bakal bersalin diuruskan oleh seorang doktor wanita.

Maka ramai pendakwah dan doktor tampil untuk memberikan penjelasan sebenar kepada orang ramai tentang isu yang ditimbulkan itu.

Merak Jalanan tidak mahu mengulas lebih lanjut behubung isu ini kerana ada ramai yang boleh menjelaskan secara terperinci tentang kelonggaran yang diberikan oleh Islam.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu pendakwah tersebut menimbulkan satu lagi kontroversi iaitu minum susu secara berlebihan akan menyebabkan masalah kutu.

Memang mengejutkan kerana sudah bertahun-tahun Merak Jalanan minum susu tetapi tidak pernah ada masalah kutu pun.

Merak Jalanan berharap tindakan pendakwah tersebut yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengelirukan dan tidak berlandaskan fakta serta maklumat sahih bukan untuk meningkatkan populariti di media sosial.

Begitu juga apabila Ratu Elizabeth II meninggal dunia pada 8 September lalu, ada pihak mengatakan baginda adalah dari keturunan Nabi Muhammad tetapi seorang pendakwah pula mendakwa baginda juga adalah dari keturunan Firaun.

Artikel Berkaitan:

Merak Jalanan pula semakin hari semakin jadi bingung dengan dunia media sosial yang bertaburan dengan pelbagai maklumat-maklumat yang salah dek perbuatan orang tidak bertanggungjawab.

Nasihat Merak Jalanan kepada orang ramai, pastikan mendapat maklumat sahih daripada orang yang betul.

Jika tidak tahu, bertanya kepada orang yang pakar dan bukan mempercayai bulat-bulat maklumat di media sosial.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!