Bale sedia pacu Wales di Qatar

Bale teruja untuk memimpin Wales beraksi cemerlang di Qatar. - Foto Agensi
Bale teruja untuk memimpin Wales beraksi cemerlang di Qatar. - Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN sensasi, Gareth Bale teruja untuk mewakili Wales di Qatar selepas kali terakhir Wales mara ke Piala Dunia 64 tahun lalu.

Kapten berusia 33 tahun itu cergas 100 peratus untuk mewakili negaranya pada kejohanan berprestij itu selepas penampilan pertama mereka pada 1958.

Bale adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman Wales dengan 40 gol dalam 108 perlawanan, namun bergelut dengan masalah kecederaan musim ini.

Wales akan memulakan kempen di Piala Dunia 2022 menentang Amerika Syarikat (AS), Selasa depan sebelum menghadapi Iran dan England dalam Kumpulan B.

"Saya cergas sepenuhnya dan bersedia. Jika saya perlu bermain tiga perlawanan sepanjang 90 (minit), saya akan beraksi 90 (minit)," katanya.

Bale turut berkongsi kesukaran fizikal dan mental yang terpaksa diharungi sebilangam besar pemain menjelang Piala Dunia kali ini.

Ia sukar, mental lebih daripada segala-galanya. Saya merasai perasaan semua orang, tiga atau empat minggu lalu, ia adalah sukar.

"Malah, mendengar cerita mengenai pemain yang mengalami kecederaan dan mengetahui mereka akan terlepas Piala Dunia.

Artikel Berkaitan:

"Bercakap dengan beberapa pemain, walaupun terpaksa bermain hujung minggu ini dengan keadaan sukar dari segi mental.

"Kami hanya berdoa supaya tidak mengalami kecederaan kerana ia adalah kejohanan besar," ujar Bale.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!