Anggota, pegawai polis Klang Selatan diwajibkan mengundi

Suasana di pusat pengundian awal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada Selasa berlangsung dalam keadaan tenang dan terkawal.
Suasana di pusat pengundian awal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada Selasa berlangsung dalam keadaan tenang dan terkawal.
A
A
A

KLANG - Seramai 796 anggota dan pegawai polis menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di pusat pengundian awal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, proses pengundian awal di pusat pembuangan undi itu berjalan dengan lancar.

Menurutnya, proses pengundian awal dijalankan bermula jam 8 pagi.

"Arahan dikeluarkan kepada semua anggota dan pegawai terlibat supaya menjalankan tanggungjawab untuk keluar mengundi.

"Proses pengundian wajib ditunaikan sebagai seorang rakyat di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian di IPD Klang Selatan di sini pada Selasa.

Katanya, empat saluran dibuka dalam proses pengundian sehingga pukul 6 petang.

Sementara itu, calon yang bertanding bagi kawasan Parlimen Klang iaitu, calon Bebas, J.R. Deepak Jaikishan, Tee Hooi Ling (BN), Dr. P. Jaya Chandran (Perikatan Nasional) dan Hedrhin Ramli (Bebas) turut hadir bagi melihat proses pembuangan undi.

Artikel Berkaitan:



Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!