Jumlah mangsa banjir kilat di Tangkak masih kekal

Jumlah mangsa banjir kilat di Tangkak dilaporkan masih kekal dengan 231 mangsa daripada 57 keluarga. - Gambar hiasan
Jumlah mangsa banjir kilat di Tangkak dilaporkan masih kekal dengan 231 mangsa daripada 57 keluarga. - Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir kilat di Tangkak dilaporkan masih kekal dengan 231 mangsa daripada 57 keluarga.

Pihak Pengurusan Bencana Daerah (JBPB) dalam satu kenyataan memaklumkan, setakat 8 pagi Selasa, kesemua mangsa berkenaan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Simpang 5 dan PPS Sekolah Agama Simpang 5 Darat yang dibuka sejak awal pagi Isnin.

“Seramai 123 mangsa daripada 32 keluarga dari Kampung Simpang 5 Darat, Kampung PT. Bunga Raya Hujung, Kampung PT. Pulai ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang 5 Darat manakala 108 mangsa daripada 25 keluarga dari Kampung Simpang 5 Darat, Kampung PRT Bunga Raya dan Kampung PRT Pulai ditempatkan di PPS Sekolah Agama Simpang 5 Darat.

“Setakat jam 10 pagi ini (Selasa), jumlah berkenaan masih sama dengan tiada pertambahan mangsa banjir kilat yang didaftarkan di kedua-dua PPS berkenaan,” menurut kenyataan berkenaan.

Untuk rekod, Tangkak menjadi daerah terbaharu dilanda banjir kilat di Johor susulan hujan lebat pada petang Ahad lalu hingga menyaksikan dua PPS dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas dari lima kampung berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, seramai 335 mangsa banjir kilat daripada 85 keluarga didaftarkan di enam PPS yang dibuka sejak Ahad lalu.

“Setakat ini tiada pertambahan mangsa yang dilaporkan di kesemua enam daerah terlibat dan difahamkan air (banjir) juga didapati semakin surut,” menurut kenyataan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!