Bapa, anak perempuan antara terkorban di Istanbul
ISTANBUL - Seorang pekerja Kementerian Keluarga Sosial dan Turkiye, Yusuf Meydan dan anak perempuannya yang sedang bercuti adalah antara enam orang yang terkorban dalam letupan bom di Istiklal Avenue, Istanbul pada Ahad.
Ketika kejadian, isterinya berada di dalam sebuah kedai namun terselamat dalam letupan tersebut walaupun mengalami kecederaan.
Bagaimanapun, Meyden dan anaknya yang berumur sembilan tahun terkorban dalam letupan itu.
Istiklal Avenue ialah laluan pejalan kaki yang popular dengan para pelancong dan penduduk tempatan serta dipenuhi dengan kedai serta restoran.
Meydan telah bekerja sebagai kaunselor di Pusat Penyelarasan Rumah Kanak-kanak di bawah Kementerian Perkhidmatan Keluarga dan Sosial Turkiye sejak tahun 2016.
Dia ke Istanbul dari wilayah Adana bersama keluarganya untuk menghadiri majlis pertunangan seorang saudaranya.
Meyden kemudian pergi ke jalan itu bersama-sama isteri dan anak-anaknya.
Keluarga Meydan sepatutnya pulang ke kampung halaman mereka di Adana pada Ahad selepas menghadiri majlis pertunangan seorang saudara di Istanbul, kata sepupu Yusuf Meydan dalam temu bual dengan Demiroren.
Menteri Keluarga Sosial dan Turkiye, Derya Yanik, memberikan penghormatan kepada rakan sekerjanya itu sambil mengecam serangan khianat itu.
Dalam serangan itu, enam orang terbunuh manakala lebih 79 orang lagi cedera.
Polis kini telah menahan seorang wanita yang disyaki meletakkan bom itu dipercayai di Istiklal Avenue dan setakat ini tiada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam kejadian tersebut. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!