Pengundian awal PRU15
15 November 2022 11:58am
Masa membaca: 4 minit
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) beratur untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di Dewan Serbaguna Kem Muara Tuang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.
Anggota Tentera Darat Malaysia (ATM) Kem Lok Kawi membuat persiapan laluan ke tempat mengundi di Sekolah Agama Rakyat Kem Lok Kawi pada hari pengundian awal Pilihan Raya Umum (PRU15) hari ini.
Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengiringi petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membawa keluar kertas undi dari balai polis untuk ke tempat pengundian bagi proses mengundi awal bagi PRU15 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu hari ini.
Anggota Tentera Darat Malaysia (ATM) Kem Lok Kawi berbaris menunggu giliran untuk mengundi awal sempena PRU15 di Sekolah Agama Rakyat Kem Lok Kawi hari ini.
Anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Koperal Nur Syazwani Md Yusof, 30, (kiri) yang mengandung tiga bulan dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laskar Kanan Siti Najah Mat Rodin, 35, (kanan) menunjukkan jari yang telah dicelup dakwat biru selepas selesai mengundi awal sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sekolah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn hari ini.
Anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan menunjukkan jari mereka yang telah dicelup dakwat biru selepas selesai mengundi awal sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini.
Tiga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) menunjukkan jari selepas mengundi awal pada Pilihan Raya Umum Ke-15 di Ibu Pejabat Batalion 20 (PGA) hari ini.
Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) beratur untuk mengundi pada proses mengundi awal sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 di Ibu Pejabat Batalion 20 (PGA) hari ini.
Anggota tentera Malaysia (ATM) bersama keluarga mereka menunjukkan jari yang dicelup dakwat selepas menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Kem Mahkota, Kluang, Johor hari ini.
Anggota Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) di Pengkalan Udara Sendayan beratur menunggu giliran untuk mengundi awal sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan Angkasaraya Pengkalan Udara Sendayan hari ini.
Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilihat mengambil gambar jarinya yang telah dicelup dakwat biru selepas selesai mengundi awal sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sekolah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn hari ini.
Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Affendi Buang mengundi awal sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sekolah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn hari ini.
Sebanyak 578 pusat pengundian awal di seluruh negara membabitkan 970 saluran akan mula dibuka pada 8 pagi ini bagi PRU15 dan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.
Mengikut Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) terkini, seramai 224,828 anggota keselamatan termasuk pasangan akan melaksanakan undi awal iaitu 117,473 anggota tentera serta pasangan manakala 107,355 lagi adalah anggota polis dan pasangan.