PRU15: 1,587 anggota PDRM Perlis undi awal

Surina menunaikan tanggungjawab mengundi awal di Ibu Pejabat Polis (IPK) Perlis pada Selasa.
Surina menunaikan tanggungjawab mengundi awal di Ibu Pejabat Polis (IPK) Perlis pada Selasa.
A
A
A

KANGAR – Hujan renyai-renyai tidak menjadi halangan buat pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perlis melaksanakan tanggungjawab mengundi awal pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pada Selasa.

Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad berkata, seramai 1,587 anggota PDRM negeri membuang undi awal di sembilan pusat mengundi di Padang Besar, Kangar dan Arau.

Kita mempunyai sembilan pusat mengundi iaitu empat di Padang Besar, tiga di Kangar dan dua di Arau untuk pegawai dan anggota menjalankan tanggungjawab mereka.

“Setakat ini, proses pengundian awal bagi anggota polis di negeri ini berjalan lancar tanpa sebarang perkara tidak diingini,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini, pada Selasa.

Proses pengundian awal bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang manakala Surina mengundi di Dewan Serbaguna IPK Perlis pada pukul 8.40 pagi.

Dalam perkembangan sama, Surina memberitahu, pihaknya hanya menerima satu laporan polis diterima sepanjang kempen berlangsung sejak 5 November lepas iaitu berkaitan bendera.

“Pihak polis ada menerima satu aduan yang mendakwa bendera parti yang dipasang mereka berkurangan dan dilaporkan berlaku dalam kawasan Kangar.

“Setakat ini jumlah permit yang dikeluarkan adalah 215 dimohon. Daripada jumlah itu, 88 adalah permit ceramah dan 127 lagi adalah kempen bergerak,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, sepanjang tempoh berkempen ini juga tidak berlaku kemalangan atau aduan berkaitan gangguan bendera kempen dilaporkan di negeri itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!