PRU15: Peratusan undi awal terus meningkat
PUTRAJAYA - Peratusan keluar mengundi bagi undi awal sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terus menunjukkan peningkatan.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), setakat jam 1 petang Selasa, sebanyak 78 peratus pengundi telah membuang undi di pusat pengundian awal seluruh negara.
Undi awal menyaksikan sejumlah 265,531 pengundi dalam kalangan anggota polis dan tentera menjadi kumpulan pertama penentuan mandat kerajaan menerusi PRU15.
Daripada jumlah itu, 146,737 orang tentera serta pasangan manakala 118,794 orang polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!