PRU15: Polis Selangor buka 16 kertas siasatan setakat ini
SHAH ALAM - Polis Selangor setakat ini telah membuka 16 kertas siasatan berkaitan kes merosakkan poster, bendera dan gangguan semasa perjalanan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 di negeri ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, bagaimanapun ia tidak melibatkan kes yang serius dan pihaknya akan memperketat kawalan dengan menambah anggota terutama di beberapa kawasan ‘hotspot’ bagi kempen yang berbaki tiga hari.
Sehingga sekarang kempen berjalan lancar, walaupun berlaku beberapa insiden tidak sepatutnya, ia tidaklah serius. Kita memang sedia memperketat bukan sahaja kerusi panas, malah di kawasan-kawasan sensitif yang senang berlakunya pergaduhan dan sebagainya.
"Kita telah pun kenal pasti (kawasan sensitif) dan kita telah gerakkan pasukan kita untuk menentukan kawasan-kawasan ini tidak berlaku kacau ganggu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses mengundi awal anggota Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, pada Selasa. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!