Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Pegawai, anggota, pasangan tentera undi awal di Sarawak

15 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

Pegawai, anggota, pasangan tentera undi awal di Sarawak

BERITA SEMASA 15 NOVEMBER 2022

Proses pengundian awal bagi PRU-15 di Dewan Serbaguna Kem Muara Tuang Kota Samarahan hari ini melibatkan 2,297 pegawai dan anggota tentera serta pasangan masing-masing, lapor waratwan Sinar Harian, Fatihah Abnuar.

Jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada 12,256 orang pegawai dan anggota tentera serta pasangan yang keluar mengundi awal di seluruh Sarawak hari ini.

Pintu dewan mengundi membabitkan empat saluran dibuka tepat pukul 8 pagi tadi dan dijangka selesai pada pukul 5 petang.

Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad berkata, sebanyak 16 pusat pengundian awal dibuka di seluruh Sarawak hari ini merangkumi 10 kawasan Parlimen dari Kota Samarahan, Kuching, Sibu, Miri dan seluruh Sarawak.

#beritasemasa

#pru15