PRU15: Nizar guna kenderaan kawalan jauh untuk berkempen

Mohd Nizar menggunakan kenderaan kawalan jauh untuk berkempen pada PRU15.
Mohd Nizar menggunakan kenderaan kawalan jauh untuk berkempen pada PRU15.
A
A
A

PEKAN - Calon BN, Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya, Datuk Mohd Nizar Najib menggunakan dua unit kenderaan kawalan jauh berwarna putih ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, kenderaan yang diberikan rakannya itu digunakan untuk berkempen memandang ia dilengkapi dengan skrin yang memaparkan tayangan video aktiviti berkempen.

Menurutnya, kenderaan terbabit juga sesuai digunakan di kawasan terbuka seperti pasar tani dan pasar malam yang mempunyai kawasan luas.

Ini kali pertama kenderaan ini digunakan ketika saya berkempen di Pasar Tani Peramu pada Isnin. Ramai teruja melihat kenderaan itu yang dianggap unik dan menarik.

"Kenderaan dilengkapi skrin video dan pembesar suara itu menjadi tarikan pengunjung sekali gus diharap dapat mengenali saya dan kemuncaknya akan memilih saya pada PRU15, Sabtu ini," katanya.

Ditanya mengenai respons yang diterima selepas lebih seminggu berkempen, Mohd Nizar akui masyarakat menerima kehadiran beliau sebagai pemimpin di kawasan DUN Peramu Jaya.

Tambahnya, rata-rata pengundi memberi jaminan untuk mengundi BN di kerusi Parlimen Pekan dan DUN di bawah Parlimen ini.

"Saya berharap dapat meraih kemenangan pada PRU15 dan lebih manis lagi sekiranya dapat majoriti besar serta menjadi hadiah paling bermakna pada daddy (Datuk Seri Najib Razak) yang banyak memberi sokongan sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

"Saya sayu apabila ramai pengundi di Pekan menyatakan mereka dapat melepaskan rindu pada daddy setiap kali melihat saya," yang berjanji akan berkhidmat dengan sebaik mungkin sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat DUN Peramu Jaya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!