Banjir Kelantan: 2,090 mangsa masih berada di PPS
RANTAU PANJANG - Seramai 2,090 mangsa banjir di negeri ini masih ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) pada Selasa.
Jumlah itu melibatkan 692 keluarga di dua kawasan iaitu Pasir Mas dan Rantau Panjang.
Sekretariat Pengurusan Bencana Jajahan Pasir Mas, Kapten Mohd Arif Mohd Zain berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 668 orang, diikuti SK Gual Periok (439) dan SK Kubang Kual (250).
"Manakala PPS Sri Kiambang (238), Masjid Mukim Padang Licin (200), Putat Tujoh (194), SK Gual Tinggi (71) dan SK Kedai Tanjong (30).
"Setakat jam 3.30 petang paras air Sungai Golok menunjukkan trend menurun, namun masih lagi pada paras bahaya iaitu 9.04 meter," katanya.
Menurut beliau, keadaan cuaca baik namun orang ramai masih diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan masing-masing.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!