PRU15: Kenyataan Pas bergabung dengan BN bersifat peribadi

Nik Muhammad Zawawi
Nik Muhammad Zawawi
A
A
A

KOTA BHARU - Kenyataan bahawa Pas berkemungkinan bergabung dengan BN adalah satu pandangan peribadi, kata Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Muhahammad Zawawi berkata, sebarang kerjasama melibatkan hubungan Pas dengan parti-parti lain perlu diputuskan Majlis Syura Ulama dan menegaskan kenyataan berkenaan tidak mewakili keputusan di peringkat tersebut.

"Itu kenyataan dan pandangan dia. Bukan kenyataan daripada Majlis Syura. Kadang-kadang ia dimanipulasikan sesetengah pihak.

"Untuk makluman, hubungan antara parti Pas dengan parti-parti yang lain mesti diputuskan oleh Majlis Syura.

"Pandangan dan andaian itu saya kira biasa di dalam parti. Saya pun ada buat andaian itu dan andaian ini," katanya kepada pemberita pada satu sidang medianya di Pejabat Pas Negeri di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa Pas tidak menolak kemungkinan PN akan membentuk kerajaan dengan BN sekiranya mereka gagal membentuk kerajaan secara bersendirian dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Dalam kenyataan sama,Takiyuddin bagaimanapun berkata, PN tidak akan sesekali membentuk gabungan bersama Pakatan Harapan (PH) untuk menguasai Putrajaya.

Dalam kenyataan itu Takiyudin memberitahu, sebarang perbincangan belum dibuat sepanjang tempoh berkempen ini namun yakin BN akan menerima cadangan gabungan itu.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut Muhammad Zawawi berkata, setakat ini tiada keputusan berkaitan hubungan antara parti dibuat sama ada oleh Pas mahupun PN.



Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!