PRU15: PDRM rakam keterangan Zul Huzaimy

Zul Huzaimy - Foto Instagram Zul Huzaimy
Zul Huzaimy - Foto Instagram Zul Huzaimy
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memanggil pelakon, Zul Huzaimy untuk dirakam percakapannya berhubung dakwaan dirinya mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan ugutan.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saadudin berkata, pihaknya masih dalam proses melengkapkan kertas siasatan.

"PDRM mengesahkan telah merakam percakapan Zul Huzaimy pada 14 November (Isnin).

"Pihak polis masih menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Noorsiah berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara sejurus siasatan dilengkapkan dalam masa terdekat.

Pada Isnin Sinar Harian melaporkan, PDRM mengesahkan telah menerima satu laporan berhubung kenyataan berbaur perkauman yang dibuat Zul Huzaimy dalam satu ceramah di Kemaman, Terengganu pada 4 November lalu.

Rakaman ceramah berkenaan tular di media sosial memaparkan Zul Huzaimy atau lebih dikenali sebagai Spark itu menerangkan perbezaan antara dua golongan kafir sebelum mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman tersebut.

Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 506, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!