Kawalan sempadan Malaysia-Thailand diperketat

Habis///
Abu Hasan Assha’ari (tiga dari kanan) bergambar bersama anggota di Pusat Pengundian Awal di Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu.
Habis/// Abu Hasan Assha’ari (tiga dari kanan) bergambar bersama anggota di Pusat Pengundian Awal di Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU- Kawalan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan akan terus diperketatkan bagi mengekang penyeludup mengambil peluang terutamanya ketika banjir melanda negeri itu.

Panglima Briged Ke-8, Brigedier Jeneral Datuk Abu Hasan Assha'ari Kamis @ Shaffiee berkata, seramai lebih 1,000 anggota ditugaskan di sempadan antaranya Batalion Kedua Rejimen Sempadan (2RS) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi memperketatkan kawalan.

“Penyeludupan haram masih lagi berlaku walaupun banjir melanda di negeri ini dan kita akan teruskan kawalan bagi menjaga keselamatan di sempadan.

“Mungkin penyeludup menyangkakan bahawa kita tidak bertugas sewaktu banjir namun pihak kami menganggap ini sebagai satu peluang untuk memperketatkan lagi kawalan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Pengundian Awal di Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu.

Tambah beliau, walaupun terdapat kawasan anggotanya yang dinaiki air terutamanya di sempadan namun operasi kawalan tetap berjalan lancar.

“Kita juga ada 300 anggota yang bersiap sedia untuk membantu pihak berkuasa sekiranya dilanda banjir dengan aset-aset dan logistik yang sedia ada.

“Selain itu, anggota juga dapat meneruskan operasi tanpa ada masalah kerana kelengkapan peralatan walaupun banjir dan ia tidak akan mendatangkan masalah untuk pihaknya mempertingkatkan kawalan sempadan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!