Inisiatif BKM penyelamat rakyat
Ramai setuju pemberian awal oleh kerajaan tepat pada masa
SHAH ALAM - Inisiatif Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menjadi penyelamat kepada rakyat yang bergelut dengan masalah kewangan selain menampung simpanan yang terjejas akibat ketidakstabilan ekonomi dan isu politik negara.
"Meskipun ada yang menyoal kenapa dipercepatkan sebelum pilihan raya, namun saya rasa isu tersebut bukan masalah. Apa yang penting bantuan itu diperlukan kelompok yang terhimpit sekarang ini.
"Memang ada yang melihat seolah-olah ia gula-gula politik, tetapi saya yakin ia untuk meringankan beban rakyat yang memerlukannya bagi kegunaan harian," katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Sivamurugan, inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu juga berdasarkan kaji selidik dan penelitian kepada situasi semasa negara yang akan menghadapi banjir.
"Selain itu, (faktor banjir) juga dilihat keadaan semasa yang amat memerlukan bantuan oleh kumpulan bersasar ini.
"Bagi setengah pihak, mereka hanya akan melihat empat hari sebelum pilihan raya tetapi Perdana Menteri sudah jelaskan tujuannya (BKM)," ujarnya.
Ujarnya, jenama Keluarga Malaysia juga memberi gambaran walaupun berbeza agama, etnik, fahaman politik dan jantina namun kebersamaan rakyat terbukti ketika berdepan apa jua keadaan.
"Keluarga Malaysia lahir ketika kita berada dalam suasana endemik yang memerlukan sifat kebergantungan antara satu sama lain.
"Ia soal perpaduan, kesepaduan sosial dan bagaimana kita mampu untuk memastikan keamanan, keselamatan dan kehidupan terpelihara serta menjadi tanggungjawab bersama menangani apa saja cabaran," katanya.
Sokong pemberian BKM
"BKM sangat membantu saya dan datang tepat pada masa kerana waktu itu hanya suami yang bekerja. Kami gunakan duit itu untuk membeli barangan keperluan harian dan disimpan sedikit.
“Saya juga guna baki simpanan BKM untuk mula kerja di tempat baharu. Saya pasti ramai yang bersetuju BKM ini penyelamat kepada mereka," katanya.
Nurul Huda turut yakin perdana menteri ketika ini sentiasa memikirkan cara terbaik bagaimana mahu memastikan rakyat hidup lebih baik selepas pasca Covid-19.
“Jenama Keluarga Malaysia yang dibawa Datuk Seri Ismail Sabri mempunyai makna tersendiri yang perlu disambut oleh semua rakyat Malaysia. Kita semua adalah satu keluarga,” katanya.
"Terima kasih perdana menteri kerana mempercepatkan BKM Fasa 4 bermula 15 November. Ini masa yang sesuai sebab sudah masuk musim tengkujuh," katanya.
Dia turut yakin jenama Keluarga Malaysia yang dibawa Perdana Menteri telah mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kaum.
"Kita perlukan satu jenama yang kuat, dan Keluarga Malaysia ini tepat dalam memastikan semua kaum di Malaysia terjaga kebajikannya," jelasnya.
"Saya lega kerana wang itu dapat membeli barang keperluan sementara menunggu gaji hujung bulan. Lebih-lebih sekarang ini musim banjir, rakyat memang perlukan wang tunai.
"Terima kasih kerajaan kerana prihatin dan membela nasib rakyat dengan memberi pelbagai bantuan," katanya.
"Meskipun tak banyak, namun boleh juga duit itu tampung beli barang keperluan asas dan bayar bil. Yang pasti kerajaan ingat kesusahan rakyat dan cuba bantu," ujarnya.
Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat turut mengakui inisiatif BKM bukti kerajaan ambil berat kelangsungan hidup rakyat.
"Bantuan ini secara tak langsung dapat menampung mana yang tak cukup, diberi pada masa yang sesuai sekarang ini.
"Bagi saya jenama Keluarga Malaysia ini adalah satu usaha perpaduan untuk eratkan pelbagai kaum di negara ini," katanya.
"Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat membantu bagi kegunaan seisi keluarga khususnya kepada mereka yang kini sedang bergelut menghadapi musim banjir," ujarnya.
PERUNTUKAN KERAJAAN KELUARGA MALAYSIA
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!