Rafizi dakwa pejabat diserbu SPRM

Rafizi
Rafizi
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan serbuan di syarikatnya, Invoke Solutions Sdn Bhd pada Selasa.

Rafizi berkata, tindakan itu dibuat selepas beliau mendedahkan skandal membabitkan projek kapal tempur pesisir (LCS) dan projek tebatan banjir bernilai dua bilion berserta bukti, namun dakwanya perkara itu tidak siasat SPRM.

"Hari ini, sedang saya berkempen, SPRM datang serbu pejabat saya, tahan budak-budak, kakitangan saya selama tujuh jam. Kita cakap pasal skandal RM2 bilion (projek tebatan banjir), dia tak siasat.

"Kita cakap pasal kapal LCS dan sudah tunjuk bukti mengenai (Datuk Abdul) Latiff Ahmad (bekas Timbalan Menteri Pertahanan), tunjukkan wang RM200 juta yang masuk ke syarikat palsu, dia tidak siasat.

"Satu sen pun yang melibatkan syarikat saya adalah wang saya dan pelabur, bukan wang rakyat. Saya ambil duit poket saya, bayar kepada 150 budak yang pandai untuk didik mereka dalam perniagaan.

"(Tan Sri) Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya SPRM) ini, dia hantar pegawai dia serbu. Sampai jam 9 malam tadi masih kena kacau lagi (kakitangan syarikat)," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Ceramah Mega Ayuh Malaysia, Kita Boleh di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, malam tadi.

Sebelum ini, media melaporkan, SPRM memaklumkan akan membuka kertas siasatan berhubung perisytiharan harta yang dilakukan Rafizi, susulan satu laporan yang dibuat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung pengisytiharan oleh calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Pandan itu.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!