Dilabel pasukan pilihan, bukan tekanan buat Brazil
DILABEL sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia 2022, pemain sayap Brazil, Raphinha tidak menganggap ia sebagai satu tekanan buat skuad Samba di kejohanan tersebut.
Menurut Raphinha, dia dan pasukan sudah lali dengan perkara itu sambil memberitahu kesemua pemain kini sudah bersedia untuk menamatkan kemarau trofi Brazil di Piala Dunia.
“Pasukan kebangsaan mempamerkan semangat untuk menjadi juara, bercita-cita tinggi dan mahu memenangi kejuaraan. Terdapat suasana yang baik dalam kalangan seluruh pasukan.
“Saya tidak melihatnya ia sebagai tekanan. Pasukan seperti Brazil sentiasa menjadi pesaing utama Piala Dunia atau mana-mana gelaran yang mereka tandingi.
“Tuntutan tinggi penyokong adalah perkara biasa kerana kami adalah pasukan berkualiti tinggi yang ditunjangi nama besar,”ujarnya
Brazil akan membuka kempen Kumpulan G Piala Dunia 2022 di Qatar menentang Serbia pada 24 November diikuti Switzerland dan Cameroon.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!