Sabah bentang Bajet 2023 pada 25 November ini
Kenyataan DUN Sabah memberitahu Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga (Bajet Negeri) DUN Sabah Ke-16 itu menyaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Menteri Kewangan negeri dijadual membentangkan bajet tersebut.
"Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga akan dimulakan dengan pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) oleh YAB Menteri Kewangan (Hajiji) pada 25 November jam 3 petang," menurut kenyataan itu pada Rabu.
Persidangan itu kemudian akan disambung pada 10 pagi, 28 November dan dijadual berakhir pada 1 Disember. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!