Arca Regata Baram

A
A
A

Arca Regata Baram yang sangat ikonik dengan Daerah Marudi yang terletak di Waterfront Marudi di sini.Sejarah Regata Baram telah wujud semenjak tahun 1889 semasa

pemerintahan Brooke.Daerah Marudi yang sedang terus membangun dan mempunyai jalan darat ke bandar berdekatan seperti Miri dan Bintulu.Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) telah memulakan langkah membina dan menaik taraf jaringan jalan raya di dalam kawasan HDA termasuk projek besar membina jalan raya menghubungkan Miri ke Marudi, Marudi ke Mulu (Kuala Melinau) dan Long Panai ke Long Lama.Projek yang dijangka mula pembinaannya pada akhir tahun depan dan siap pada 2027 itu akan melibatkan jaringan jalan raya sepanjang 160.5 km, pembinaan 22 buah jambatan serta sebuah terminal jeti penumpang dengan kos keseluruhan sebanyak RM1.8 bilion. Setelah siap nanti, projek itu dilihat bakal memberi impak positif kepada kehidupan harian malah juga membuka peluang ekonomi buat penduduk di sepanjang jaringan jalan raya itu. - Foto Bernama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Squid Game di MRT Ampang Park

No Image Caption
GALERI

Pasar Besar Kedai Payang

No Image Caption
GALERI

Pameran Alice Saves Wonderland

No Image Caption
GALERI

Feri dari Pangkalan Raja Tun Uda