Anwar ucap takziah kepada keluarga M Karupaiya

Anwar berkongsi berita kematian Karupaiya menerusi hantaran di Facebook.
Anwar berkongsi berita kematian Karupaiya menerusi hantaran di Facebook.
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Padang Serai, M Karupaiya, yang meninggal dunia di Hospital Kulim, Kedah pada Selasa.

Anwar berkongsi berita kesedihan itu menerusi hantaran di Facebook.

"Sedih tatkala menerima khabar calon Harapan untuk Parlimen Padang Serai, M Karupaiya telah meninggal dunia sebentar tadi akibat serangan jantung.

"Saya bertemu mendiang pada pada 14 November lalu sewaktu program ceramah umum di Kulim.

"Karupaiya yang saya kenal adalah seorang yang komited kepada amanah sebagai ahli Parlimen dan juga mempunyai rekod yang cemerlang semasa berkhidmat sebagai Pegawai Waran 1 Angkatan Tentera Malaysia," katanya.

Tambah Anwar, mendiang juga konsisten dalam menyuarakan suara dan rintihan veteran tentera di Parlimen.

"Takziah buat keluarga mendiang dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah hilang seorang pejuang yang gigih dan kental memperjuangkan nasib rakyat," katanya.

M Karupaiya, meninggal dunia pada Rabu kerana serangan jantung.

Artikel Berkaitan:

Mendiang yang merupakan ahli PKR memenangi kerusi itu pada PRU 2018 selepas menewaskan Leong Yong Kong dari MCA dan Muhammad Sobri Osman dari Pas.

Karupaiya sepatutnya menentang C Sivaraaajh dari MIC dan tiga lagi calon lain pada pengundian 19 November ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!