Banjir: Satu PPS ditutup, paras air Sungai Golok menurun

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memantau mangsa banjir di PPS Kubang Kual.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memantau mangsa banjir di PPS Kubang Kual.
A
A
A

PASIR MAS - Pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Tanjong di sini, ditutup apabila semua mangsa banjir dibenarkan pulang selepas air mulai surut pada Rabu.

Bagaimanapun, tujuh lagi PPS di Rantau Panjang masih menempatkan mangsa banjir walaupun paras air Sungai Golok mula menunjukkan trend menurun kepada 8.54 meter, namun masih berada di paras amaran.

Sekretariat Pengurusan Bencana Jajahan Pasir Mas, Kapten Mohd Arif Mohd Zain berkata, mangsa banjir terkini mencatatkan seramai 1,925 orang dan hanya melibatkan kawasan Rantau Panjang.

Kesemua mereka ditempatkan di tujuh buah PPS iaitu SK Tok Deh (668), Kubang Kual (235), Putat Tujuh (168) dan SK Sri Kiambang (172).

"Manakala Masjid Mukim Padang Licin (200), SK Gual Tinggi (77) dan Gual Periok (405)," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut beliau, mangsa banjir yang berada di PPS dingatkan supaya kekal patuh kepada SOP sebagaimana telah ditetapkan.

Ujarnya, penduduk kawasan rendah terutama berhampiran lembangan Sungai Golok diingatkan supaya sentiasa peka dengan situasi terkini cuaca.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!