Seorang individu dikhuatiri lemas di Sungai Klang
KUALA LUMPUR - Seorang individu dikhuatiri lemas di Sungai Klang berhampiran Stesen Monorail Tun Sambanthan di sini, pada Rabu.
Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba Zainasrie Zainal berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan pada jam 2.48 petang.
"Seramai 33 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, Pantai dan Bukit Jalil bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Zainasrie berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada pemanggil mendakwa ternampak mangsa yang tidak diketahui jantina disyaki lemas di dalam sungai tersebut.
"Operasi pencarian masih dilakukan bermula dari Sungai Klang berhampiran Stesen Monorel Tun Sambanthan sehingga Sungai Klang Batu 6 1/2," ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!