PRU15: Ismail Sabri satu-satunya calon Perdana Menteri BN
SHAH ALAM - Tiada krisis timbul dalam kalangan pucuk pimpinan BN membabitkan keputusan yang telah ditetapkan bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri untuk BN.
Calon BN bagi kerusi Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Izudin Ishak berkata, perkara itu telah dibincangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sebelum ini.
Dalam keputusan itu, kami sepakat bersetuju bahawa Datuk Seri Ismail Sabri adalah poster boy dan satu-satunya calon PM BN.
"Jelas, jadi tak payah lagi dimomokan oleh pihak tertentu yang mengatakan ada krisis dalam pucuk kepimpinan BN," katanya dalam satu video pada Rabu.
Dalam video tersebut, orang ramai yang hadir pada acara Malam 10 Aspirasi Tokdin yang diadakan di Dataran PPR Seri Semarak itu menyambut baik kenyataan Izudin yang mengesahkan bahawa Ismail Sabri adalah calon Perdana Menteri BN.
Pembangkang sebelum ini memainkan isu bahawa Ismail Sabri tidak akan diangkat menjadi Perdana Menteri BN sekiranya menang PRU15, sealiknya akan diisi oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!