Bilionair nasihat penduduk jangan beli kereta dan TV

Jeff Bezos bimbang ekonomi AS akan mengalami kemelesetan pada tahun depan.
Jeff Bezos bimbang ekonomi AS akan mengalami kemelesetan pada tahun depan.
A
A
A

LOS ANGELES - Bilionar keempat paling kaya di dunia, Jeff Bezos dengan kekayaannya dianggarkan bernilai AS$124.1 bilion (RM564.03 bilion) baru-baru ini menasihatkan penduduk supaya tidak membeli barangan berharga tinggi seperti kereta dan televisyen kerana bimbang ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan mengalami kemelesetan pada tahun depan.

Rakyat AS boleh mengambil risiko dengan menyimpan wang tunai mereka untuk digunakan pada waktu yang sukar, kata pengasas syarikat peruncitan online, Amazon itu sambil menggariskan petua utamanya untuk bertahan ketika tibanya waktu kemelesetan ekonomi.

Bercakap kepada CNN Business, ahli perniagaan itu berkata orang ramai harus menangguhkan pembelian besar dan menyimpan untuk masa depan.

Bezos berkata, beliau tidak dapat meramalkan berapa lama kemerosotan ekonomi itu akan berlarutan tetapi AS berkemungkinan akan mengalami kemelesetan tidak lama lagi.

Sebelum ini syarikat Amazon merancang untuk memberhentikan lebih 9,000 pekerja yang merupakan pemberhentian besar-besaran terbesar dalam sejarah penubuhannya.

Syarikat peruncitan itu yang menghasilkan sebahagian besar wangnya daripada perkhidmatan web ialah majikan kedua terbesar di AS selepas syarikat peruncitan multinasional, Walmart. – Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!