Saya masih MB Johor, kata Osman

Osman ketika ditemui di Majlis Perasmian Pembukaan Restoran Rindu Alam di Hotel Amerin, di sini, hari ini.
Osman ketika ditemui di Majlis Perasmian Pembukaan Restoran Rindu Alam di Hotel Amerin, di sini, hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - "Saya masih MB". Itu respons ringkas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian ketika ditanya mengenai kedudukan terkininya dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Sebelum ini, Osman yang juga ADUN Kempas disahkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Johor dalam satu pertemuan di Putrajaya, Isnin lalu.

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Osman meminta semua pihak bersabar dan akan memaklumkan sebarang keputusan selepas menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, esok.

“Secara teknikalnya saya masih lagi MB, Pengerusi Bersatu Johor dan Pengerusi PH negeri.

“Saya akan maklumkan mengenai hal ini selepas mengadap Sultan nanti,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan Restoran Rindu Alam di Hotel Amerin di sini sebentar tadi.

Selain itu, mengenai jawapan diterima daripada Sultan Johor mengenai perkara itu, Osman berkata, beliau tidak boleh memberikan sebarang kenyataan buat masa ini.

Beliau juga meminta media untuk bertanya kepada pucuk pimpinan Bersatu mengenai soal siapakah calon yang akan menggantikannya jika peletakan jawatannya diterima secara sah.

Terdahulu, Susulan daripada kenyataan Dr Mahathir itu, beberapa nama kemudian berlegar dan diperkatakan bakal menjadi Menteri Besar Johor yang baharu.

Artikel Berkaitan:

Antara tiga nama yang disebut-sebut adalah Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri merangkap ADUN Bukit Kepong, Dr Sahruddin Jamal.

Nama calon lain adalah Exco Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Mazlan Bujang dan Pengarah Media Bersatu Johor, Solihan Badri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!