Mesej WhatsApp jatuhkan Tok Mat palsu

Ciapan Khairy di laman Twitternya.
Ciapan Khairy di laman Twitternya.
A
A
A

SHAH ALAM - Calon BN Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan mesej WhatsApp yang tular mendakwa cuba menjatuhkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) yang bertanding di Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Menurut Khairy, satu laporan polis termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan dibuat terhadap pemilik akaun yang memuat naik perbualan palsu berkenaan.

"Fake (palsu). Tak perlu sebar fitnah black ops, 'source: trust me bro' macam ni. Laporan polis dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) akan dibuat termasuk terhadap akaun Dr Bigger balls ini.

"Tolak fitnah dan politik kotor. Fokus pada #KitaJagaSungaiBuloh #KJ4SB," tulisnya di laman Twitter miliknya pada Khamis.

Khairy turut membuat ulang twit ciapan akaun Dr Bigger balls yang memaparkan perbualan WhatsApp didakwa antara Khairy dan seorang individu itu.

Namun, ciapan itu telah dipadamkan oleh pemilik akaun tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!