MotoGP: Penghormatan buat Bagnaia
PELUMBA Ducati, Francesco Bagnaia yang masih segar dengan gelaran juara dunia MotoGP meneruskan pesta kejayaan mereka apabila memenuhi undangan Presiden Itali, Sergio Mattarella di Rom pada Rabu.
Pelumba berusia 25 tahun itu menghadiahkan kemenangan pertama Ducati di MotoGP sejak Casey Stoner pada 2007 selepas menang perlumbaan terakhir di Valencia awal bulan ini.
Bagnaia muncul pelumba pertama negaranya mengungguli kelas perdana dengan menggunakan jentera Itali sejak Giacomo Agostini pada 1972.
“Saya berterima kasih kepada presiden yang mengundang kami ke Quirinale. Ia satu penghormatan yang tidak disangka,” katanya.
Bagnaia muncul pelumba Itali pertama menjuarai Moto GP sejak kejayaan mentornya, Valentino Rossi pada 2009.
Ducati melakar kejayaan gemilang apabila turut memenangi kategori pengeluar musim ini selain kejohanan Superbike Dunia yang dimenangi Alvaro Bautista.
“Tahun ini kami berjaya mencapai keputusan luar biasa yang sangat membanggakan. Kami menang Kejohanan Dunia MotoGP, pelumba Itali bersama motosikal Itali selepas 50 tahun kemenangan Giacomo Agostini yang menunggang MV Agusta.
“Kejayaan ini hasil kerja keras saya dan pasukan sejak beberapa tahun lalu. Kami bersama memperbaiki jentera. Ia satu kejayaan yang sangat membanggakan,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!