Lim Guan Eng saman Azmin kerana buat kenyataan palsu

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi DAP Lim Guan Eng mengarahkan peguamnya untuk memulakan prosiding saman fitnah terhadap Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, kerana membuat kenyataan palsu dengan mendakwa beliau menyalahgunakan kuasa sebagai Menteri Kewangan.

Beliau memberitahu, Mohamed Azmin mendakwanya telah menggunakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengejar 'syarikat yang dikaitkan dengan MCA', mengenakan cukai baharu ke atas perniagaan, dan mengenakan cukai tambahan ke atas 'perniagaan Cina' tertentu.

"Satu lagi dakwaan palsu yang didakwa oleh Azmin ialah saya mempunyai peranan dalam mensabotaj firma Bumiputera seperti Ekuinas.

"Kerajaan gabungan BN-PN yang telah mengenakan cukai baharu, seperti cukai jualan ke atas pembelian dalam talian di bawah RM500, dan cukai durian runtuh.

“Saya tidak pernah menggunakan LHDN untuk menyasarkan ahli perniagaan Cina. Walaupun saya meminta Azmin berulang kali menunjukkan bukti, dia gagal berbuat demikian," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Mohamed Azmin terus mengulangi fakta palsu itu tanpa menunjukkan sebarang bukti.

Menurut Guan Eng, beliau juga sedang mempertimbangkan saman fitnah terhadap bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin atas kenyataan serupa.

"Saya tidak mempunyai pilihan selain mengarahkan peguam saya mengambil tindakan segera.

Artikel Berkaitan:

"Keputusan sama ada akan memfailkan saman fitnah terhadap Muhyiddin akan dibuat selepas perbincangan dengan peguamnya pada Sabtu," jelasnya.

Guan Eng turut berkongsi beliau pernah memenangi saman fitnah terhadap seorang ahli perniagaan yang mendakwa telah menyalahgunakan kuasa sebagai menteri kewangan dengan menghantar pegawai cukai itu mengejarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!