17 pekerja kilang terhidu gas nitrogen bocor
SUBANG JAYA - Seramai 17 pekerja di sebuah kilang memproses makanan mengalami mual dan pening kepala akibat terhidu gas dipercayai nitrogen yang bocor di sebuah premis di sini pada Khamis.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sebuah jentera bersama anggota dari Balai Bomba Subang bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 11.33 pagi.
"Kejadian melibatkan gas bocor di ruang memproses daging beku yang berkeluasan 1.39 meter persegi (m²) x 5.57 m² dipercayai gas nitrogen.
"Pihak bomba telah menutup injap paip utama saluran gas terbabit dan mengarahkan semua pekerja keluar dari premis," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Norazam berkata, pasukan hazmat sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan bagi memastikan premis terbabit selamat digunakan.
Belaiu berkata, dua daripada mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi menerima rawatan lanjut bagaimanapun kesemua mereka dilaporkan dalam keadaan stabil.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!