PRU15: Harap magis anak tempatan pikat pengundi Kluang

Dzulkarnain menunjukkan manifesto dan nombor calon miliknya untuk disokong oleh masyarakat di Kluang.
Dzulkarnain menunjukkan manifesto dan nombor calon miliknya untuk disokong oleh masyarakat di Kluang.
A
A
A

KLUANG - [DIKEMAS KINI] Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Kluang, Dzulkarnain Alias mengharapkan kelebihannya sebagai anak tempatan dapat menarik pengundi untuk memilihnya sebagai wakil rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Beliau berkata, sebagai anak jati yang telah mengenali setiap ceruk bandar Kluang sejak lebih 40 tahun sudah pasti memahami denyut nadi dan kehendak masyarakat di sini.

Tambahnya, untuk merealisasikan impian orang Kluang, 10 aku janji dibawakan sebagai tawaran kepada pengundi untuk balasan kepada sokongan yang diberikan sekiranya terpilih sebagai Ahli Parlimen di kawasan ini nanti.

"Antara aku janji saya kepada masyarakat Kluang adalah memperkasakan sektor pendidikan, pendidikan awal kanak-kanak, sektor ekonomi rakyat terutama golongan belia dan wanita.

"Sebagai pemimpin yang amanah, berintegriti dan bertanggungjawab saya juga akan memastikan pengurusan bencana banjir dengan lebih efektif khususnya di Kampung Bentung Dalam serta Kampung Bentung Luar," katanya kepada media pada Rabu.

Dalam pada itu beliau berkata, bagi meningkatkan taraf ekonomi rakyat serta peniaga kecil di Kluang, satu usaha untuk menaikkan sektor pelancongan dengan menaik taraf infrastruktur dan mempromosikan Gunung Lambak peelu dilakukan.

Katanya, tidak cukup dengan itu, usaha menaik taraf serta membina fasiliti sukan yang baharu bagi membolehkan bintang berbakat dalam kegiatan sukan mampu diterjemahkan.

"Saya juga akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan ambulan serta van jenazah percum akepada golongan masyarakat yang memerlukan.

Artikel Berkaitan:

"Jika dilihat sejak akhir-akhir ini, rakyat secara hakikatnya lebih gemar untuk menemui sendiri wakil rakyat mereka untuk meluahkan apa yang inginkan dan oleh yang mereka hadapi," katanya.

Jelasnya, secara hakikatnya banyak lagi pembaharuan ingin dibawa ke Parlimen Kluang bagi membolehkan rakyatnya mendapat manfaat hasil daripada usahanya sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat di Parlimen ini.

"Semua aku janji ini secara realistiknya boleh dilakukan dan ianya bukan janji kosong seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak sebelum ini," katanya.



Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!